Huawei Mate 30 dan Mate 30 Pro dibuka untuk penjualan umum di Malaysia pada 15 November ini

Pada 3 Oktober yang lalu, Huawei telah melancarkan siri Huawei Mate 30 di Malaysia yang hadir dengan dua model iaitu Mate 30 dan Mate 30 Pro versi biasa sahaja. Malah, penjualannya juga terhad pada beberapa pembeli sahaja.

Kini menerusi laporan, Huawei Malaysia bakal membuka jualan Mate 30 dan Mate 30 Pro secara umum. Sesiapa sahaja boleh membelinya jika anda berminat. Namun ia akan hadir tanpa perkhidmatan Google seperti yang telah digembar-gemburkan sebelum ini dan digantikan dengan HMS (Huawei Mobile Services).

Dari segi spesifikasi, Mate 30 dilengkapi dengan Kirin 990, skrin OLED bersaiz 6.62-inci, 8GB RAM dan 128GB storan, quad-kamera 40MP f/1.8 SuperSensing Wide, 16MP f/2.2 Ultra-lebar, 8MP f/2.4 telefoto bersama OIS dan satu lagi sensor Laser Fokus. Dibekalkan dengan bateri sebesar 4200mAh bersama pengecasan pantas berwayar 40W dan pengecasan tanpa wayar 27W.

Manakala Mate 30 Pro juga dilengkapi dengan Kirin 990, skrin OLED Horizon Display bersaiz 6.53-inci, 8GB RAM dan 256GB storan, quad-kamera 40MP f/1.6 SuperSensing Wide, 40MP f/1.8 Ultra-lebar Cine, 8MP f/2.4 telefoto bersama OIS dan satu lagi sensor 3D Depth Sensing. Dibekalkan dengan bateri sebesar 4500mAh bersama pengecasan pantas berwayar 40W dan pengecasan tanpa wayar 27W.

Mate 30 ditawarkan dengan harga RM2,799 untuk 8GB + 128GB. Manakala Mate 30 Pro pula ditawarkan dengan harga RM3,899 untuk 8GB + 256GB dan akan mula dijual secara umum di Malaysia bermula 15 November ini.

Persoalannya, adakah anda akan membelinya walaupun tanpa perkhidmatan Google?

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: