Hisense King Kong 6 diperkenalkan dengan bateri sebesar 10,010mAh

Jika sebut sahaja jenama Hisense, pasti anda akan terfikir mengenai keluaran televisyen mereka. Namun sebenarnya Hisense juga turut mencipta telefon pintar mereka sendiri yang digelar sebagai King Kong yang kini memperkenalkan model terbaharu mereka iaitu Hisense King Kong 6.

Tarikan utama pada peranti ini sudah tentu pada bahagian kebesaran bateri yang mempunyai 5510mAh pada fon dan 4500mAh pada pelindung kerangka khas yang membuatkan peranti ini mampu mencapai 10,010mAh secara keseluruhan.

Dari segi spesifikasi lain, King Kong 6 dilengkapi dengan skrin bersaiz 6.52-inci, pilihan memori sehingga 6GB RAM dan 128GB storan. Tri-kamera utama 13MP + 2MP + 2MP dan swafoto 8MP. Namun buat masa ini tidak banyak maklumat yang didapati mengenai peranti ini. Malah cip pemproses yang digunakan juga masih tidak diketahui. Apa pun, sama-sama kita nantikan.

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: