Google Camera 7.2 dengan sokongan Astrophotography seperti Pixel 4 dilepaskan buat model Pixel lain

Buat model Google Pixel sebelum ini, kemaskini yang terbesar pada kamera adalah sokongan terhadap Night Sight. Kini Google Camera 7.2 yang mulanya dilepaskan buat Google Pixel 4 hadir buat model Pixel sebelumnya yang akan memberi sokongan terhadap mod Astrophotography dan antaramuka baharu.

Mod Astrophotogrpahy membolehkan pengguna Pixel mengambil gambar langit dengan lebih cantik dan lebih terang. Google Camera 7.2 sedia untuk dikemaskini melalui Play Store yang sudah dinaiktaraf ke Android 10. Setakat ini pengguna Pixel 2, Pixel 3 dan Pixel 3a telahpun dilaporkan mendapat kemaskini terbaru ini.

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: