Fon telinga Tronsmart Spunky Beat

Fon telinga jenis True Wireless Stereo (TWS) menjadi trend di kalangan muda. Terdapat beribu-ribu reka bentuk, jenama dan gaya yang boleh dipilih dalam pasaran seperti Apple Airpods dan Xiaomi Airdots. Anda juga boleh belikan satu dengan harga murah RM50 tetapi bagaimana kualitinya? Selain daripada reka bentuk, apa lagi yang boleh anda harapkan dari fon telinga TWS yang berharga RM50 sahaja? Kualiti yang baik? Deep Bass? Kalau anda labur lebih lagi daripada $10, anda boleh dapat model terbaru Tronsmart iaitu Tronsmart Spunky Beat.

Tronsmart menggunakan Cip Bluetooth Qualcomm untuk Spunky Beat. Disebabkan cip ini, Spunky Beat mempunyai sambungan yang lebih stabil, transmisi yang lebih cepat, dan kependaman yang lebih rendah. Anda dapat menikmati kualiti bunyi dan pendengaran yang lebih lancar.

Aspek fon telinga yang paling penting tentulah bunyi. Spunky menggunakan codec Qualcomm aptX kerana codec ini boleh menyampaikan bunyi berkualiti seperti CD. Di samping itu, codec ini juga boleh menghasilkan bunyi yang lebih jelas dan deep bass.

Anda boleh menikmati muzik selama 7 jam dengan Spunky Beat dan 24 jam dengan charging case. Selain itu, Spunky Beat juga boleh bermain muzik selama 1 jam selepas 5 minit pengecasan pantas.

Terdapat dua jenis sistem pengecasan yang anda boleh memilih. Anda boleh mengecas Spunky Beat anda menggunakan kabel USB-A atau kabel USB-C yang termasuk dalam pakej fon telinga Tronsmart.

Sam

Bekas wartawan di New Straits Times Press yang kini sepenuh masa bersama TheSkop.com berpengalaman lebih 15 tahun dalam bidang teknologi

%d bloggers like this: