Fon sebenar Redmi K30 tertiris!

Bulan lalu kita sudah dengar mengenai maklumat yang telah tertiris mengenai peranti terbaru dari Redmi iaitu Redmi K30 yang bakal dilengkapi dengan paparan skrin dwi-lubang seperti Samsung Galaxy S10+ dan sokongan rangkaian 5G.

Bahkan pihak Xiaomi sendiri telah mengesahkan bahawa Redmi K30 bakal hadir dengan rangkaian 5G dan menurut mereka, Redmi K30 dengan 5G tidak akan menjadi telefon pintar paling murah di pasaran.

Hatta, menerusi perkongsian dari Ice Universe melalui Instagram milik beliau, terdapat gambar yang dikongsikan menunjukkan seseorang menggunakan sebuah peranti yang dikhabarkan adalah Redmi K30. Jika dilihat dengan teliti, ia sememangnya seperti gambar yang telah tertiris sebelum ini.

Dari segi rekaan hadapan, ia menggunakan skrin yang jenis mendatar dan tiada seberang lengkung seperti yang digunakan oleh Samsung Galaxy S10+. Dapat juga lihat ia menggunakan dwi-kamera yang berlubang dan mempunyai bingkai disekeliling skrin.

Dikhabarkan, Redmi K30 bakal diperkenalkan pada tahun 2020 nanti. Apa pun, sama-sama kita nantikan.

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: