Facebook dilaporkan secara senyap menggunakan kamera pengguna iPhone

Jika sentuh bab keselamatan dan privasi, ia adalah hal yang sangat dititikberatkan oleh pengguna. Lebih-lebih lagi pengguna iPhone yang mempercayai bahawa Apple mampu memberi jaminan keselamatan dan privasi buat pengguna mereka.

Namun hal ini tidak pada aplikasi Facebook buat iPhone di mana ada pengguna iPhone yang menyedari bahawa Facebook secara senyap mengaktifkan fungsi kamera utama ketika pengguna sedang menatal aplikasi Facebook.

Menurut beliau juga, terdapat 5 unit iPhone lain yang menggunakan iOS 13.2.2 yang mempunyai permasalahan ini. Namun tidak bagi iOS 12 mahupun iOS 13.2.1. Isu ini boleh terjadi apabila anda telah bersetuju untuk aplikasi Facebook akses kamera anda.

Menerusi kemaskini terkini, pihak Facebook telah memberi maklum balas mereka bahawa terdapat pepijat. Jurucakap Facebook juga telah menghantar pemulihan pada app store dan harap isu ini segera diselesaikan agar tidak membimbangkan pengguna tentang isu keselamatan dan privasi.

(Sumber)

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: