DxOMark : Hasil kualiti kamera ‘Xiaomi CC9 Pro Premium’ mendapat skor tertinggi sama dengan Huawei Mate 30 Pro

Umum sedia maklum bahawa Xiaomi baru sahaja melancarkan peranti terbaru mereka yang mempunyai spesifikasi yang luar biasa dengan keupayaan penta-kamera 108MP (5 kamera utama). Kini skor dari DxOMark telahpun dikeluarkan menunjukkan hasil yang mengagumkan.

Xiaomi CC9 Pro Premium Edition telah mendapat skor DxOMark 121 secara keseluruhan sama tinggi dengan pesaing hebat mereka iaitu Huawei Mate 30 Pro yang paling tertinggi buat masa ini. Sekaligus mengalahkan hasil skor ujian kamera Galaxy Note 10+ 5G.

Menurut DxOMark juga, CC9 Pro adalah antara peranti yang mempunyai keupayaan kamera dan video yang mengagumkan pernah mereka cuba. Malah peranti ini juga adalah peranti pertama dengan dwi lensa kamera telefoto 12.19MP pendek dan 7.99MP telefoto panjang bersama OIS.

(Sumber)

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: