Cara mendapatkan promosi 35% tiket Legoland Malaysia

Hari ini e-dompet Touch ‘n Go (TnG) telah mengumumkan kerjasama mereka bersama Legoland Malaysia untuk menawarkan jenis pembayaran tanpa tunai melalui aplikasi e-dompet TnG dan pelbagai jenis tawaran promosi buat pelanggan Legoland Malaysia.

Tawaran yang anda boleh dapati jika membuat pembayaran melalui e-dompet TnG adalah diskaun 35% buat pembelian sehingga 4x tiket (sehari dan combo) Legoland buat dewasa, kanak-kanak dan warga tua per transaksi dalam satu resit untuk pembelian tiket hari yang sama.

Selain itu juga, terdapat pemotongan harga sehingga 10% pembelian barang di Legoland dan 10% diskaun buat pembelian makanan di dalam Legoland jika anda menggunakan pembayaran tanpa tunai e-dompet TnG.

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: