Adobe Photoshop kini boleh dimuat turun oleh pengguna iPad secara percuma

Jika anda seorang pereka grafik dan pelukis yang sering menggunakan perisian Adobe Photoshop di komputer mahupun di komputer riba, ini mungkin adalah berita baik buat anda kerana Apple telahpun melepaskan aplikasi Adobe Photoshop versi profesional buat pengguna iPad.

Pengguna iPad sudah boleh memuat turun Adobe Photoshop bermula hari ini secara percuma dan percubaan selama 30 hari. Selepas itu anda perlu membayar sebanyak RM41.90 setiap bulan langganan. Aplikasi ini hanya menyokong semua model iPad Pro, iPad Gen-5 ke atas, iPad Mini Gen-4 ke atas dan iPad Air Gen-2 ke atas.

Dari segi fungsi, ia berbeza dengan aplikasi Photoshop yang anda pernah gunakan di telefon pintar sebelum ini. Ia menyokong format fail PSD, meyokong Apple Pencil Generasi 1 dan 2, juga terdapat pelbagai lagi ciri profesional yang boleh dilakukan oleh pengguna.

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: