TCL Plex rasmi di Malaysia dengan harga RM1,199

Jika sebut saja jenama TCL, pasti ramai pengguna biasa yang akan terpinga-pinga dengan jenama yang kurang terkenal di Malaysia ini. TCL sebenarnya adalah jenama yang menjual televisyen yang cukup popular.

Dan kini mereka mengeluarkan telefon pintar yang diberi nama sebagai TCL Plex. Menariknya dengan peranti ini, ia hadir dengan tri-kamera 48MP + 16MP ultra-lebar + 2MP bokeh dan kamera swafoto 24MP, cip pemproses Snapdragon 675, memori 6GB RAM dan 128GB storan.

Pada bahagian lain, TCL Plex dibekalkan dengan bateri sebesar 3820mAh. Peranti ini juga menjalankan sistem operasi Android yang mempunyai antaramuka tersendiri. TCL Plex dijual dengan harga RM1,199 buat pasaran tempatan.

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: