Sony sedang membangunkan paparan holografik 3D yang disesuaikan pada PlayStation

Pada tahun 2017, Sony pernah mempatenkan paparan skrin holografik di United States Patent and Trademark Office (USPTO) yang mampu memaparkan objek 3D yang seakan hidup untuk dilihat tanpa anda menggunakan kaca mata 3D.

Menariknya dengan teknologi ini, ia mampu mengesan pergerakan mata dan muka, juga jumlah pengguna. Perkara ini dapat dicapai kerana ia dilengkapi dengan sensor dan kamera yang terbina.

Namun tak dapat dipastikan bila teknologi ini akan diperkenalkan pada umum secara komersial. Harapnya ia akan diperkenalkan sekurang-kurangnya pada tahun 2020 hadapan kerana ia telah mula dipatenkan pada 2 tahun lalu dan seharusnya teknologi ini sudah hampir tiba di penghujung pembangunannya.

Video dibawah juga adalah salah satu prototaip hologram 360 darjah yang dibangunkan oleh Sony.

(Sumber)

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: