Siri Oppo Reno 2 kini rasmi di Malaysia dengan harga bermula RM1,599

Jika sebelum ini Oppo telah melancarakan siri Reno 2 di India pada 2 bulan lalu. Kini Oppo Malaysia telahpun melancarkan secara rasmi siri Oppo Reno 2 terbaharu yang hadir dengan 2 model iaitu Reno 2 dan Reno 2F.

Reno 2

Peranti ini dijana dengan cip pemproses Snapdragon 730G, memori 8GB RAM dan 256GB storan. Dibekalkan dengan bateri sebesar 4000mAh bersama VOOC Flash Charge 3.0 melalui sambungan USB-C dan mempunyai paparan skrin bersaiz 6.5-inci AMOLED FHD+ penuh tanpa sebarang takuk.

Rekaannya masih mengekalkan ciri Oppo Reno yang diperkenalkan sebelum ini. Kamera hadapan pop-naik 16MP seperti sirip ikan, mempunyai bonjolan di bahagian panel belakang, dan warna hijau yang seakan sama. Pada kamera utama, dilengkapi dengan quad-kamera 48MP + 8MP + 13MP + 2MP dengan sokongan OIS dan EIS.

Oppo menawarkan Reno 2 dengan harga RM2,299 dengan pilihan warna Luminous Black dan Sunset Pink. Dibuka untuk pra-tempahan bermula 16 Oktober sehingga 25 Oktober ini dengan tawaran hadiah bernilai RM318.

Reno 2F

Manakala Reno 2F pula dikuasakan dengan cip pemproses MediaTek P70, memori 8GB RAM dan 128GB storan. Dibekalkan dengan bateri sebesar 4000mAh bersama VOOC Flash Charge 3.0 melalui sambungan USB-C dan mempunyai paparan skrin bersaiz 6.5-inci AMOLED penuh tanpa sebarang takuk sama seperti Reno 2.

Rekaan kamera swafoto pop-naik 16MP sedikit berbeza kerana ia tidak menggunakan rekaan seperti sirip ikan. Manakala kamera utama kerana Reno 2F dilengkapi dengan quad-kamera 48MP + 8MP + 2MP + 2MP. Rendah sedikit berbanding Reno 2. Oppo Reno 2F dijual dengan harga RM1,599 dengan pilihan warna Sky White dan Lake Green.

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: