Siri Huawei Mate 30 kini rasmi di Malaysia dengan tawaran hadiah bernilai RM1,155

Pada 19 September yang lalu, Huawei telahpun melancarkan siri Mate 30 yang baharu dengan 3 pilihan model iaitu Mate 30, Mate 30 Pro dan Mate 30 RS Porsche Design. Menariknya lagi pada model Mate 30 Pro, ia juga turut hadir dengan panel belakang jenis kulit dan warna yang nampak premium iaitu Mate 30 Pro Vegan Leather juga versi 5G.

Kini siri Huawei Mate 30 telahpun rasmi dilancarkan di Malaysia yang hanya terdapat 2 model sahaja iaitu Mate 30 dan Mate 30 Pro. Namun tiada model Mate 30 Pro Vegan Leather atau 5G mahupun Mate 30 RS buat pasaran tempatan.

Dari segi spesifikasi, kedua-dua peranti ini dikuasakan dengan cip pemproses Kirin 990 terbaru. Untuk Mate 30, ia dilengkapi dengan skrin OLED bersaiz 6.62-inci yang menyokong HDR 10 dan DCI-P3. Dari segi bentuk skrin, ia masih mengekalkan takuk dan paparan panel skrin biasa tiada lengkung.

Pada bahagian kamera, ia dilengkapi dengan quad-kamera 40MP f/1.8 SuperSensing Wide, 16MP f/2.2 Ultra-lebar, 8MP f/2.4 telefoto bersama OIS dan satu lagi sensor Laser Fokus. Dibekalkan dengan bateri sebesar 4200mAh bersama pengecasan pantas berwayar 40Wpengecasan tanpa wayar 27W dan juga boleh digunakan untuk mengecas peranti lain dengan 3x kali lebih laju berbanding Huawei Mate 20 Pro.

Manakala buat Huawei Mate 30 Pro pula, ia hadir dengan paparan skrin OLED ‘Horizon Display’ yang bersaiz 6.53-inci dengan paparan melengkung pada bahagian sisi. Mate 30 Pro juga hanya ada satu butang kuasa pada bahagian kanan yang berwarna merah. Untuk anda mengawal kelantangan pembesar suara, anda perlu sentuh pada bahagian sisi kiri dan kanan.

Untuk bahagian kamera, Mate 30 Pro hadir dengan quad-kamera 40MP f/1.6 SuperSensing Wide, 40MP f/1.8 Ultra-lebar Cine, 8MP f/2.4 telefoto bersama OIS dan satu lagi sensor 3D Depth Sensing, juga kamera dwi-kamera swafoto 32MP RGB + 3D Depth.

Turut hadir dengan bateri sebesar 4500mAh, pengecasan yang sama seperti Mate 30, dilengkapi dengan kawalan gestur tanpa sentuh skrin, pengimbas cap jari di skrin, Invisible Virtual Key (sentuh dibahagian tepi skrin) dan pelbagai teknologi AI yang diintegrasikan untuk kegunaan privasi.

Huawei menawarkan Mate 30 buat 8GB RAM + 128GB storan dengan harga RM2,799. Manakala buat Mate 30 Pro 8GB RAM + 256GB storan ditawarkan dengan harga RM3,899.

Untuk pelanggan yang menempah Mate 30 Pro bermula hari ini sehingga 22 Oktober, akan mendapat tawaran hadiah ekslusif DJI Osmo Mobile 3, Huawei Wireless In-Car SuperCharge, Kerangka pelindung dan Huawei Care yang bernilai RM1,155.

Malangnya tiada perkhidmatan Google yang tersedia dalam peranti ini. Jadi anda tidak boleh menggunakan Google Play Store untuk memuat turun aplikasi biasa seperti YouTube dan lain-lain. Anda hanya boleh menggunakan Huawei App Gallery sahaja.

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: