Samsung Galaxy S11 mungkin dilengkapi dengan sensor kamera bantuan perubatan

Baru-baru ini terdapat laporan bahawa Samsung telah mendaftarkan paten terbaru mereka pada United States Patent and Trademark Office (USPTO) dan World Intellectual Property Office (WIPO) yang mungkin akan dilengkapi pada peranti yang bakal diperkenalkan tak lama lagi.

Paten yang didaftarkan pada 26 September yang lalu hadir dengan tajuk “Electronic device including several light sources” yang membawa maksud kepada fungsi infra-merah (IR) spectrometer pada kamera utama yang mungkin akan hadir pada Samsung Galaxy S11 tahun hadapan.

Fungsi ini mampu memberikan maklumat pada objek yang dipancar. Seperti memberi maklumat tahap gula pada buah-buahan dan makanan. Juga berupaya untuk mengukur kadar CO2 dan mengesan haba, mahupun asap.

Menariknya lagi, ia juga membantu dari sudut perubatan dimana fungsi ini mampu memberikan data kesegaran sesuatu makanan dan tahap glukosa dalam darah. Selain itu juga, ura-ura juga mendapati bahawa Galaxy S11 mungkin akan dilengkapi dengan sensor kamera 108MP bersama keupayaan 5x kali zoom. Namun ia masih awal untuk dinilai. Apa pun, sama-sama kita nantikan.

(Sumber)

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: