Samsung Galaxy Fold sudah mula digunakan oleh pengguna di Malaysia!

Pada bulan September yang lalu, Samsung Galaxy Fold telahpun mula dijual di pasaran Amerika Syarikat dengan harga $1,980 (~RM8,303) setelah pihak Samsung menaiktaraf isu yang dihadapi pada bahagian panel skrin lipat.

Sekaligus Galaxy Fold adalah peranti dengan skrin boleh lipat pertama yang mula dijual secara rasmi jika dibandingkan dengan Huawei Mate X. Bukan itu sahaja, terdapat juga laporan bahawa Galaxy Fold akan memasuki pasaran tempatan sekitar bulan Oktober ini. Namun tak dapat dipastikan harga jualannya nanti.

Menariknya, sebelum ia memasuki pasaran Malaysia, ada penjual tempatan yang sudah membawa Galaxy Fold dengan harga jualan yang agak tidak masuk akal, mencecah RM13,000. Dengan harga setinggi itu, masih juga ada yang sudah membelinya. Apa yang menariknya dengan Galaxy Fold ni? Mari tonton video di bawah :

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: