Samsung Galaxy Fold akan menemui pengguna di Malaysia sekitar bulan Oktober ini

Setelah beberapa kali Samsung menunda penjualan rasmi Galaxy Fold, akhirnya pada bulan September yang lalu Samsung Galaxy Fold telah mula dijual secara rasmi buat pasaran di Amerika Syarikat dengan harga $1980 (~RM8,303).

Keunikan Galaxy Fold sudah tentu terletak pada teknologi paparan skrin bersaiz 7.3-inci AMOLED yang boleh dilipat. Malah terdapat juga paparan skrin di bahagian luar setelah dilipat. Memori 12GB RAM, storan sebesar 512GB bersama UFS 3.0 dan cip pemproses Snapdragon 855.

Berita baik buat peminat Samsung yang menantikan Galaxy Fold, kini menerusi beberapa sumber, Samsung Malaysia telah mengesahkan bahawa Galaxy Fold akan hadir buat pasaran tempatan sekitar bulan Oktober ini.

Dari segi tawaran harga masih belum dipastikan lagi. Harapnya ia ditawarkan dengan harga yang tidak terlalu mahal berbanding harga jualan di Amerika Syarikat bersama beberapa hadiah menarik.

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: