Samsung dilaporkan sedang membina teknologi kamera di bawah paparan skrin tanpa sebarang lubang takuk

Sebelum ini kita pernah diperlihatkan dengan teknologi kamera dibawah skrin tanpa sebarang lubang takuk atau kamera bermotor yang telah ditunjukkan oleh syarikat pengeluar dari China, iaitu OPPO dan Xiaomi. Ternyata ia adalah sesuatu yang mengagumkan, kerana teknologi seumpama ini memang sangat dinantikan oleh pengguna.

Mengikut ura-ura, laporan dari Digital Trends ada menyebut bahawa Samsung sedang dalam proses membangunkan teknologi seperti itu buat telefon pintar mereka yang akan diperkenalkan pada tahun hadapan.

Tambahan lagi, menurut pakara dalam maklumat tertiris iaitu Ice Universe, Samsung tidak akan menggunakan teknologi itu pada Galaxy S11 ataupun Galaxy Fold. Jadi, ia mungkin akan digunakan pada siri Galaxy yang lain atau mungkin siri Galaxy baharu?

Perkara ini bukan sesuatu yang tidak mustahil, memandangkan Samsung juga telah mula menjual teknologi paparan skrin yang boleh dilipat di pasaran Malaysia dengan harga RM8,388 iaitu Galaxy Fold yang juga teknologi baharu dalam pasaran telefon pintar. Jika maklumat ini benar, ia bukan sesuatu yang memeranjatkan jika Samsung akan mula memasarkannya pada tahun hadapan.

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: