Redmi K30 akan hadir dengan teknologi 5G dan paparan skrin berlubang

Sebut sahaja nama Redmi, pasti anda sudah mengenali sub-jenama dari Xiaomi ini yang turut menawarkan telefon pintar dengan kepelbagaian teknologi terkini dengan harga yang sangat berpatutan. Sebelum ini Redmi telah perkenalkan siri Redmi K20 yang dibawa masuk Malaysia dengan penjenamaan semula sebagai Xiaomi Mi 9T.

Kini Redmi telah mendedahkan pandang pertama rekaan Redmi K30 semasa sesi pelancaran Redmi Note 8 di China. Dari segi gambar yang telah terdedah, Redmi K30 dilihat menggunakan paparan skrin berlubang seperti yang digunakan oleh Samsung Galaxy S10+ dengan dwi-kamera swafoto.

Selain itu juga, Redmi K30 juga turut akan hadir dengan sokongan teknologi 5G. Menurut pihak Redmi lagi, K30 dengan 5G tidak akan menjadi telefon pintar paling murah di pasaran.

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: