Realme X2 Pro hadir dengan Snapdragon 855+, paparan 90hz dan SuperVOOC 50W dengan harga bawah RM2,000

Jenama realme bukan asing lagi di arena telefon pintar. Ia adalah sub-jenama dari Oppo yang sebelum ini banyak memfokuskan pada peranti kelas pertengahan dengan pelbagai teknologi yang ditawarkan dan harga yang sangat berpatutan. Kini realme melancarkan peranti terbaru mereka yang memfokuskan pada kelas atasan iaitu realme X2 Pro.

Realme X2 Pro dikuasakan dengan cip pemproses Snadpragon 855+, memori sehingga 12GB RAM, storan sehingga 256GB dan UFS 3.0. Menariknya lagi, peranti ini juga dilengkapi dengan sistem penyejukan untuk prestasi yang unggul jika anda bermain permainan mudah alih.

Untuk pengalaman lebih mengujakan semasa bermain permainan mudah alih ataupun menonton video, realme X2 Pro juga turut hadir dengan pembesar suara stereo dengan sokongan Dolby Atmos, masih mengekalkan bicu audio 3.5mm dan sokongan Hi-Res Audio.

Pada bahagian hadapan, peranti ini mempunyai paparan skrin bersaiz 6.5-inci Super AMOLED yang turut menyokong kadar segar semula 90Hz seperti OnePlus 7 Pro. Selain itu, ia juga turut mempunyai ketahanan Gorilla Glass 5 bersama teknologi pengimbas cap jari di skrin.

Manakala bahagian kamera pula, ia dilengkapi dengan quad-kamera 64MP dari Samsung, 13MP telefoto dengan keupayaan 20x kali hybrid zoom, 8MP sudut ultra-lebar dan satu lagi kamera 2MP untuk bokeh. Manakala kamera hadapan menggunakan 16MP yang mempunyai takuk pada skrin.

Realme X2 Pro juga dibekalkan dengan bateri sebesar 4000mAh bersama pengecasan pantas SuperVOOC 50W yang mampu mengecas realme X2 Pro penuh 100% dalam masa 35 minit sahaja dengan sambungan USB-C.

Harga buat pasaran di China :

  • 6GB RAM + 64GB ROM – CNY 2,599 (~RM1,540)
  • 8GB RAM + 128GB ROM – CNY 2,799 (~RM1,646)
  • 12GB RAM + 256GB ROM – CNY 3,199 (~RM1,896)

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: