Pra-tempahan Samsung Galaxy Fold di Malaysia dibuka bermula 9 Oktober ini dengan harga….

Pada September yang lepas Samsung Galaxy Fold telahpun mula memasuki pasaran di Amerika Syarikat dengan harga $1,980 dan kini ia bakal memasuki pasaran tempatan. Keunikan peranti ini sudah tentu terletak pada bahagian panel skrin yang boleh dilipat, 2 paparan skrin dan mempunyai 6 kamera keseluruhan.

Jika sebelum ini kita pernah mendengar bahawa terdapat penjual tempatan yang membawa masuk Galaxy Fold dan menjualnya dengan harga lebih RM10,000. Kini Samsung Malaysia telah mendedahkan pra-tempahan Galaxy Fold yang bernilai RM8,388 bermula 9 Oktober ini buat pasaran tempatan.

Pada bahagian spesifikasi, Galaxy Fold mempunyai paparan skrin bersaiz 7.3-inci Dynamic AMOLED yang boleh dilipat. Malah terdapat juga paparan skrin di bahagian luar bersaiz 4.6-inci Super AMOLED setelah dilipat. Memori 12GB RAM, storan sebesar 512GB bersama UFS 3.0, cip pemproses Snapdragon 855 dan bateri sebesar 4380mAh bersama pengecasan 15W.

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: