Pengimbas cap jari ‘ultrasonik’ Samsung Galaxy S10 tidak selamat?

Umum sedia maklum bahawa Samsung Galaxy S10 adalah peranti terawal dari Samsung yang menggunakan teknologi pengimbas cap jari di skrin jenis ultrasonik, berbeza dari pengimbas cap jari yang digunakan oleh jenama Android yang lain. Ia juga dikhabarkan yang paling selamat.

Namun tahap keselamatan itu mula diragui apabila terdapat laporan yang dikeluarkan oleh The Sun bahawa Galaxy S10 milik salah seorang pengguna di UK, iaitu Lisa mendapati bahawa fon beliau dapat dilepasi oleh pengguna lain yang tidak mendaftarkan cap jari mereka pada peranti berikut.

Tambahnya lagi, hal ini berlaku oleh kerana penggunaan pelindung skrin yang pengguna berikut dapatkan melalui eBay dengan harga £2.70 (sekitar RM14.50). Lisa juga mencuba pengimbas cap jari Galaxy S10 beliau pada orang lain dan ia dapat dilepasi oleh suami dan kakak beliau sendiri.

Jurucakap Samsung juga telah memberi maklum balas dan sarankan pengguna untuk menggunakan aksesori rasmi yang dijual di kedai rasmi Samsung yang memang dicipta khas buat peranti mereka. Namun saya merasakan hal ini tidak sepatutnya berlaku.

(Sumber)

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: