iPhone SE 2 mungkin akan dijual dengan harga sekitar RM1,670 pada suku tahun pertama 2020

Sebelum ini terdapat ura-ura bahawa Apple bakal memperkenalkan iPhone SE yang kedua pada suku tahun pertama 2020 yang akan hadir dengan rekaan seperti iPhone 8, Touch ID, memori 3GB RAM, saiz sebesar 4.7-inci dengan paparan skrin LCD dan cip pemproses A13 Bionic.

Menerusi laporan terbaru dari penganalisis terkenal iaitu Ming-Chi Kuo, beliau menjangkakan bahawa Apple mungkin akan menjual iPhone SE 2 dengan harga $399. Jika mengikut tukaran wang asing semasa sekitar RM1,670. Jika benar, untuk harga rasmi di Malaysia, ia mungkin tidak lari jauh dari harga berikut.

Umum mengetahui bahawa iPhone SE merupakan iPhone kelas bajet yang dikeluarkan oleh Apple dengan cip pemproses terbaru. Jadi dengan harga sebegini, ia mungkin alternatif Apple untuk memfokuskan pada pembeli yang mencari iPhone kelas bajet dan yang baru cuba-cuba untuk menggunakan iPhone.

(Sumber)

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: