iPhone 11 Pro edisi khas dijual dengan harga lebih RM30,000

Jika anda fikir iPhone 11 Pro dan iPhone 11 Pro Max mempunyai harga yang mahal, sebenarnya terdapat lagi iPhone yang jauh lebih mahal. Ia adalah iPhone edisi khas yang dikeluarkan oleh syarikat dari Rusia, iaitu Caviar. Yang cukup terkenal dengan menghasilkan fon premium yang mempunyai olahan reka bentuk yang unik dengan harga sangat mahal.

iPhone 11 Pro dan iPhone 11 Pro Max edisi khas yang dikeluarkan oleh mereka mempunyai tulisan nama dan tandatangan mendiang Steve Jobs dibahagian panel belakan. Uniknya lagi, terdapat juga cebisan baju beliau diletakkan pada logo Apple.

Membuatkan iPhone ni mahal lagi, Caviar menggunakan kerangka badan jenis titanium yang jauh lebih tahan. Pada bahagian kamera belakang, dapat dilihat tiada sebarang bingkai kaca petak seperti iPhone 11 Pro biasa. Hanya bentuk tri-kamera bulat sahaja yang begitu menonjol. Harga :

iPhone 11 Pro
64GB – $6,280 (~RM26,338)
256GB – $6,590 (~RM27,638)
512GB – $6,980 (~RM29,274)

iPhone 11 Pro Max
64GB – $6,740 (~RM28,267)
256GB – $7,050 (~RM29,567)
512GB – $7,440 (~RM31,203)

Difahamkan juga, hanya ada 9 unit sahaja yang dijual.

(Sumber)

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: