Google Pixel 4 kini rasmi – Snapdragon 855, paparan 90Hz dan teknologi Motion Sense

Sebelum ini kita sudah mendengar pelbagai maklumat yang telah habis tertiris mengenai rekaan dan spesifikasi siri Google Pixel 4. Hari ini Google akhirnya telah melancarkan secara rasmi siri Pixel 4 yang hadir dengan 2 model iaitu Pixel 4 dan Pixel 4 XL.

Kedua-dua model ini mempunyai spesifikasi yang hampir sama kerana ia dilengkapi dengan cip pemproses Snapdragon 855, memori 6GB RAM, pilihan storan 64GB atau 128GB, Android 10 dengan sokongan sehingga 3 tahun kemaskini dan pembesar suara stereo.

Perkara yang menarik pada Pixel 4 dan Pixel 4 XL ini sememangnya pada sensor soli yang diletakkan pada bahagian hadapan yang digelar sebagai “Motion Sense”, membolehkan anda mengawal beberapa perkara pada Pixel 4 menggunakan gerakan tangan tanpa sentuh skrin. Ia juga turut mempunyai pengimbas wajah terpantas.

Manakala pada bahagian kamera utama, ia dilengkapi dengan dwi-kamera 12MP f/1.7 dan 16MP f/2.4. Tiada fungsi sudut ultra-lebar seperti kebanyakan fon sekarang ni. Untuk bahagian lain, kedua-dua model ini mempunyai sokongan IP68, ketahanan skrin Gorilla Glass 5, dan fungsi Google Assistant yang telah dipertingkatkan.

Selain pada itu, perbezaan antara kedua-dua model ini adalah pada bahagian kapasiti bateri dan saiz skrin sahaja. Pixel 4 mempunyai bateri sebesar 2800mAh dan skrin OLED 5.7-inci FHD+. Manakala Pixel 4 XL mempunyai bater sebesar 3700mAh skrin OLED 6.3-inci QHD+. Kedua-duanya juga turut dilengkapi dengan kadar segar semula 90Hz.

Google menawarkan Pixel 4 dengan harga bermula $799 (~RM3,348) untuk 6GB RAM dan 64GB storan. Manakala $899 (~RM3,767) untuk 128GB storan dengan pilihan warna Oren, Hitam dan Putih. Akan tersedia bermula 24 Oktober ini buat pasaran Amerika Syarikat. Seperti biasa, Malaysia belum rasmi lagi.

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: