Apple mungkin akan memperkenalkan iPhone SE 2 pada awal tahun 2020

Buat kali pertama, Apple telah mula memperkenalkan model edisi khas iPhone SE pada awal tahun 2016. Sekaligus buat kali pertama juga pada tahun itu, 3 model iPhone telah diperkenalkan berbanding dengan tahun sebelumnya hanya 2 model iPhone.

Beberapa tahun kemudian, ura-ura hangat memperkatakan tentang pengganti kepada iPhone SE. Namun setelah 3 tahun, ia tidak kunjung tiba dan hanya sekadar khabar angin dan kini ia datang sekali lagi.

Menurut laporan dari penganalisi Ming Chi-Kuo, Apple mungkin akan memperkenalkan pengganti kepada iPhone SE iaitu iPhone SE 2 yang mungkin akan hadir pada suku tahun pertama tahun 2020. Dari segi rekaan, beliau berpendapat bahawa Apple mungkin akan mengembalikan rekaan iPhone 8 yang mempunyai paparan skrin LCD bersaiz 4.7-inci, Touch ID dan satu kamera.

Namun ia sedikit berbeza kerana menurut laporan lagi, ia akan dilengkapi dengan cip pemproses A13 Bionic Apple yang terbaru seperti yang digunakan pada siri iPhone 11 bersama 3GB RAM berbanding iPhone SE yang hanya guna 2GB RAM bersama cip pemproses A9.

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: