8848 Titanium M6 5G – Fon pertama dengan Snapdragon 865 telah diumumkan

8845 Titanium adalah salah satu jenama telefon pintar kelas premium yang berpangkalan di China seperti jenama Vertu, ia dicipta khas menggunakan tangan. Dari segi rekaannya juga amat sinonim dengan rekaan fon yang pernah dicipta oleh Vertu.

Bersempena menyambut ulang tahun mereka yang ke-5, syarikat itu telah melancarkan model fon terbaharu mereka iaitu 8845 Titanium M6 yang mempunyai sambungan 5G dan turut hadir dengan cip pemproses Snapdragon 865, sekaligus menjadi fon pertama yang menggunakan cip pemproses tersebut.

Dari segi spesifikasi, M6 dilengkapi dengan skrin AMOLED bersaiz 6.01-inci, memori 12GB RAM, storan 1TB dan mempunyai kamera 64MP yang berupaya mengambil gambar sehingga 100 juta piksel. Melihat gambar yang dikongsikan, panel belakang peranti ini menggunakan kemasan jenis kulit yang ternyata tampak sangat premium.

8848 juga turut mengumumkan pembantu peribadi untuk pelanggan mereka yang akan membantu pembeli disebalik menggunakan pembantu maya AI. Namun setakat ini harga jualan rasmi masih belum didedahkan oleh syarikat itu dan akan tersedia bermula suku tahun pertama tahun 2020.

(Sumber)

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: