Tiada lagi iOS untuk iPad dan digantikan dengan iPad OS

Pada acara khas WWDC 2019 hari ini kita telah diperlihatkan dengan pelancaran perisian yang memberi perubahan pada iPad secara drastik.

iPad tidak lagi menyokong sistem operasi iOS kerana Apple telah perkenalkan sistem operasi khas buat iPad iaitu iPad OS dengan peningkatan prestasi dan beberapa fungsi baru. Ia dikhabarkan mempunyai fungsi yang lebih kurang seperti dekstop komputer.

iPad OS kini mengandungi skrin utama baharu dengan widget yang boleh mengembangkan bersama ikon aplikasinya. Widget ini adalah sama seperti yang biasanya anda temukan di bahagian notifikasi.

Apple juga menambah lebih banyak gerak isyarat multitasking untuk meluncur di antara beberapa aplikasi, anda juga boleh seret dan lepaskan aplikasi secara bersebelahan. iPad OS juga mempunyai aplikasi Fail yang lebih baik.

Ia mempunyai pandangan lajur seperti Finder di macOS, dan mempunyai panel maklumat supaya anda boleh membuat modifikasi kecil pada fail.

iCloud Drive kini juga menyokong perkongsian fail, dan aplikasi Files juga akan menyokong fail SMB secara asli. Dan yang paling penting, USB Flash Drive dan kad SD kini akan disokong dalam aplikasi Files sama seperti Apple perkenalkan buat iOS 13.

Selain itu, fungsi Safari juga dipertingkatkan pada iPad OS dengan pengurus muat turun sebenar. Akan ada 30 pintasan papan kekunci baru, kawalan saiz teks, tetapan setiap tapak, dan pilihan muat naik foto.

Fungsi Dark Mode juga turut diperkenalkan buat iPadOS dengan fungsi yang lebih kurang seperti yang diperkenalkan pada iOS.

Apple Pencil juga tidak ketinggalan mendapat kesan terbaru bersama iPad OS dengan pengurangan latencydari 20ms ke 9ms dan menyokong sambungan terhadap tetikus (mouse). Ia secara tidak langsung memberi kelebihan kepada pengguna iPad yang melakukan kerja kreatif seperti melukis, menyunting dan menulis pada iPad mereka.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Bitnami