AirPods Pro akan hadir dengan teknologi pembatalan hingar dan rekaan baharu?

Sebelum in kita sudah banyak mendengar ura-ura tentang model AirPods seterusnya yang akan hadir dengan rekaan yang sedikit berlainan dari AirPods yang pernah Apple perkenalkan. Malah nama juga mungkin akan mengguna ‘Pro’ seperti iPhone 11 Pro.

Kini menerusi kemaskini iOS 13.2 versi beta, terdapat ikon yang menunjukkan AirPods Pro yang dilihat berbeza dari rekaan AirPods sedia ada. Jika sebelum ini tiada sebarang getah, kini ia dilihat mempunyai getah (buds) yang mungkin boleh ditukar untuk penyesuaian di telinga.

Bukan itu sahaja, menariknya lagi AirPods Pro ini juga bakal dilengkapi dengan teknologi pembatalan hingaryang berupaya untuk anda melayan lagu dikawasan terbuka yang bising tanpa gangguan sebarang bunyi bising.

Dari segi rekaan kotak pelingdung pula, ia dilihat lebih lebar dari kebiasaan. Sekaligus, AirPods Pro ini mungkin adalah naiktaraf major dari model AirPods yang lepas. Terdapat juga ura-ura bahawa Apple bakal mengadakan satu acara khas pada bulan Oktober ini untuk memperkenalkan beberapa lagi peranti lain. Jadi, AirPods Pro mungkin salah satu peranti itu. Apa pun, sama-sama kita nantikan.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Bitnami