Realme 5 dan realme 5 Pro kini rasmi di Malaysia – Harga bermula RM599

Selepas realme 3 dan realme 3 Pro, kini realme Malaysia melancarkan siri terbaharu mereka iaitu realme 5 dan realme 5 Pro. Kedua-dua peranti ini dijana dengan cip pemproses kelas pertengahan, pengimbas cap jari dibahagian belakang dan hadir dengan quad-kamera.

realme 5 dijana dengan cip pemproses Snadpragon 665, pilihan memori 3GB atau 4GB RAM, pilihan storan 64GB atau 128GB, dilengkapi dengan skrin bersaiz 6.5-inci LCD 720p, mempunyai bateri sebesar 5000mAhbersama pengecasan 10W mikroUSB.

Pada bahagian kamera, realme 5 dilengkapi dengan 4 kamera 12MP + 8MP sudut lebar + 2MP bokeh + 2MP makro dan pada bahagian hadapan mempunyai kamera swafoto 13MP. realme 5 dijual dengan hargaRM599 untuk 64GB dan RM799 untuk storan 128GB dengan pilihan warna Crystal Blue atau Crystal Purple

Manakala realme 5 Pro pula dijana dengan cip pemproses Snadpragon 712, memori 8GB RAM dan storan128GB bersama UFS 2.1, dilengkapi dengan skrin bersaiz 6.3-inci LCD FHD+, mempunyai bateri sebesar 4035mAh bersama pengecasan pantas VOOC 3.0 20W jenis USB-C.

Pada bahagian kamera, realme 5 dilengkapi dengan 4 kamera 48MP + 8MP sudut lebar + 2MP bokeh + 2MP makro dan pada bahagian hadapan mempunyai kamera swafoto 16MP. realme 5 Pro ditawarkan dengan harga bernilai RM1,099 bersama pilihan warna Crystal Blue atau Crystal Purple.

Untuk anda yang ingin mendapatkan peranti ini, realme 5 Pro akan mula dijual bermula 10 Oktober ini secara ekslusif di Lazada. Manakala realme 5 pula akan mula dijual bermula 17 Oktober ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Bitnami