GoPro Hero 8 kini rasmi – Kamera kompak yang sesuai untuk vlogger!

GoPro hari ini telahpun melancarkan siri kamera kompak terbaru mereka yang digelar sebagai GoPro Hero 8 Black, selepas Hero 7 yang diperkenalkan pada tahun lalu yang boleh dikatakan pelengkap kepada Hero 7 dari segi fungsi dan kepelbagaian. Tiada warna Kelabu atau Putih seperti Hero 7 tahun lalu. Hanya warna Hitam sahaja.

Ini kerana tiada perubahan yang ketara untuk Hero 8, semua yang pernah ada pada Hero 7 ada pada Hero 8. Cuma beberapa peningkatan fungsi dan penambahan beberapa perkara kecil seperti aksesori paparan skrin hadapan untuk digunakan oleh para vlogger.

Antara lain adalah, Hero 8 kini mempunyai HyperSmooth 2.0 untuk lebih kestabilan rakaman video, TimeWarp 2.0 dan paling menarik adalah anda tidak memerlukan sebarang alatan tambahan untuk menambah paparan skrin hadapan dan aksesori lain seperti lampu LED. Kerana ia siap pasang pada Hero 8.

GoPro Hero 8 akan mula dijual di pasaran bermula 1 Oktober ini buat pasaran di Amerika Syarikat dan akan mula dihantar bermula 15 Oktober dengan harga $399, sekitar RM1,670 mengikut tukaran wang asing semasa.

GoPro juga turut menawarkan penambahan aksesori lampu LED dengan harga $49.99 (~RM209), Media Mod dengan harga $79.99 (~RM355) dan penambahan paparan skrin hadapan (Display Mod) dengan harga $79.99(~RM355).

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Bitnami