Xiaomi Mi MIX Alpha – Peranti masa hadapan dengan harga sekitar RM11,753

Baru-baru ini kita sudah banyak mendengar maklumat tentang peranti terbaru dari Xiaomi yang sangat berbeza dari apa yang pernah anda lihat. Kini ia telahpun diperkenalkan oleh Xiaomi di China dengan nama Xiaomi Mi MIX Alpha.

Peranti ini dilihat sangat berbeza dari kebanyakan peranti yang ada di pasaran kerana ia menggunakan skrin penuh pada bahagian hadapan, tepi, malah pada bahagian belakang peranti ini juga. Ya, paparan skrin peranti ini pada semua bahagian!

Seperti Huawei Mate 30 Pro juga, Xiaomi Mi MIX Alpha juga mempunyai butang pembesar suara sesentuh pada bahagian tepi yang melengkung. Malah, Xiaomi juga turut mengatakan bahawa paparan skrin peranti ini mempunyai ratio 180 peratus badan-ke-skrin.

Pada bahagian kamera, Mi MIX Alpha menggunakan sensor kamera Samsung 108MP yang dibangunkan oleh Xiaomi seperti yang dilaporkan sebelum ini. Kamera ini mempunyai keupayaan mengambil gambar dengan resolusi 12,032 x 9,024 piksel. Selain itu, ia juga turut mempunyai dua lagi kamera 20MP ultra-lebar dan 12MP telefoto.

Mi MIX Alpha dikuasakan dengan cip pemproses Snapdragon 855+, bateri sebesar 4050mAh bersama pengecasan pantas 40W, memori 12GB RAM dan 512GB storan. Mi MIX Alpha juga turut mempunyai sokongan teknologi 5G.

Berkenaan dengan harga jualan, ia mungkin akan memeranjatkan anda kerana Xiaomi menawarkan Mi MIX Alpah dengan nilai CNY 19,999 (~RM11,753). Malah, Xiaomi turut mengatakan bahawa peranti ini dikeluarkan dalam skala yang kecil buat masa ini.

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: