Xiaomi Mi MIX 4 dan Mi 9 Pro akan dilancarkan pada 24 September ini

Beberapa bulan ini kita sudah banyak mendengar khabar angin tentang peranti terbaru dari Xiaomi. Setelah memperkenalkan Xiaomi Mi 9T Pro dan mendapat sambutan yang luar biasa dikalangan peminat Xiaomi, lebih-lebih di Malaysia. Kini Xiaomi akan melancarkan dua lagi peranti terbaru mereka.

Ia adalah Xiaomi Mi MIX 4 yang menjadi model seterusnya selepas Mi MIX 3 dan Xiaomi Mi 9 Pro sebagai ahli keluarga baru buat siri Mi 9 pada 24 September ini. Dan kedua-dua model ini pastinya adalah peranti yang dinanti-nantikan peminat Xiaomi.

Xiaomi Mi 9 Pro dijangkakan akan dilengkapi dengan spesifikasi yang hampir seperti Mi 9 dengan skrin bersaiz 6.39-inci Super AMOLED dan rekaan yang sama. Mengikut ura-ura ia bakal hadir dengan cip pemproses Snapdragon 855+, bateri sebesar 4000mAh dan teknologi pengecasan pantas tanpa wayar Mi Charge Turbo 30W terbaru mereka.

Manakala buat Xiaomi Mi MIX 4, peranti ini juga bakal dikuasakan dengan cip pemproses Snapdragon 855+, paparan skrin melengkung QHD, paparan segar semula 90Hz, mempunyai teknologi 5G dan menjadi peranti pertama yang akan dilengkapi dengan kamera 108MP yang menggunakan sensor Samsung ISOCELL Bright HMX.

Disamping itu, Xiaomi juga dilaporkan akan melancarkan sistem operasi MIUI 11 terbaru mereka dan televisyen pintar Mi TV.

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: