Xiaomi Mi MIX 4 akan dilengkapi dengan paparan 90Hz, Snapdragon 855+ dan pengecasan 40W

Xiaomi bakal melancarkan Mi MIX 4 dalam masa terdekat ini dan nampaknya peranti terbaru dari Xiaomi iaitu siri Mi MIX yang seterusnya semakin hangat diperkatakan di arena web dan media sosial.

Menurut ura-ura yang telah tertiris, Mi MIX 4 mungkin akan dilengkapi dengan skrin AMOLED dengan paparan segar semula 90Hz yang masih mengekalkan rekaan skrin penuh tanpa sebarang takuk. Bermakna, Mi MIX 4 mungkin akan dilengkapi dengan kamera pop-naik.

Selain pada itu, laporan juga berpendapat bahawa Mi MIX 4 akan hadir bersama pengecasan pantas berwayar 40Wpengecasan tanpa wayar 30W seperti yang ditunjukkan oleh Xiaomi sebelum ini, dikuasakan dengan cip pemproses Snapdragon 855+, bateri sebesar 4500mAh, memori sehingga 12GB RAM dan storan sehingga 256GB bersama UFS 3.0.

Dan bukan itu sahaja, sebelum ini kita sudah dengar kerjasama Xiaomi dengan Samsung untuk menghasilkan sensor kamera. Dan ia juga telah disahkan bahawa Xiaomi akan menggunakan kamera 108MP pada peranti mereka yang mungkin digunakan pada Mi MIX 4.

Setakat ini tiada maklumat rasmi lagi tentang harga jualan dan ia mungkin akan dilancarkan pada 24 September ini. Saya jangkakan Mi MIX 4 akan dijual dengan harga yang sangat berpatutan dengan kepelbagaian teknologi baharu pada telefon pintar. Apa pun, sama-sama kita nantikan.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Bitnami