Xiaomi Mi AirDots Pro 2 dilengkapi dengan pembatalan hingar – Harga sekitar RM234

Disamping pelbagai peranti yang diperkenalkan seperti Xiaomi Mi 9 Pro, Xiaomi Mi TV, Xiaomi Mi MIX Alpha dan MIUI 11, Xiaomi juga turut mengumumkan fon kepala tanpa wayar terbaru mereka iaitu Mi AirDots Pro 2.

Menariknya dengan Mi AirDots Pro 2, ia mempunyai rekaan yang tampak premium dan boleh dikatakan seakan rekaan yang digunakan oleh Apple AirPods jika sekali pandang dan ia akan secara automatik disambungkan kepada fon Xiaomi yang menjalankan sistem operasi MIUI 11.

Mi AirDots Pro 2 hadir dengan kualiti audio yang lebih baik, Bluetooth 5.0, LDHC Hi-Res audio, pengalawan suara pintar, fungsi pembatalan hingar dan dwi mikrofon. Tambahan lagi, ia juga mempunyai fungsi sesentuh yang boleh mengawal tahap audio dan penukaran lagu.

Pada ketahanan bateri, Mi AirDots Pro 2 menjanjikan ketahanan bateri sehingga 4 jam penggunaan dan 14 jam bersama kotak pelindung. Ia juga turut mempunyai pengecasan jenis Type-C yang boleh mengecas Mi AirDots Pro 2 lebih kurang 1 jam untuk penuh.

Harga jualan bernilai CNY 399, sekitar RM234 jika mengikut pertukaran wang semasa dan akan mula di jual di China bermula 27 September ini.

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: