Xiaomi Mi 9 Pro kini rasmi – Snapdragon 855+, pengecasan pantas 45W dan 12GB RAM

Selain dari Xiaomi Mi MIX Alpha, Xiaomi juga turut melancarkan peranti terbaru mereka yang dinanti-nantikan oleh peminat Xiaomi selama ini. Ia adalah keluarga baru dalam siri Mi 9 iaitu Xiaomi Mi 9 Pro yang menyokong teknologi 5G.

Peranti ini hadir dengan skrin bersaiz 6.39-inci OLED yang hadir bersama pengimbas cap jari di skrin dan masih mengekalkan paparan bertakuk seperti Xiaomi Mi 9, dikuasakan dengan cip pemproses Snapdragon 855+, memori sehingga 12GB RAM dan sehingga 512GB storan.

Kamera yang digunakan pada Mi 9 Pro adalah tri-kamera 48MP, dibekalkan dengan bateri sebesar 4000mAh bersama pengecasan pantas sehingga 45W dan menyokong pengecasan tanpa wayar 30W.

Menariknya lagi, Mi 9 Pro juga turut menyokong pengecasan berbalik 10W untuk mengecas peranti lain, mempunyai sistem penyejukan dan hadir bersama sistem operasi MIUI 11 terbaru dalam kotak jualan.

Harga yang ditawarkan buat Mi 9 Pro : 

  • 8GB RAM + 64GB = CNY 3,699 (RM2,173)
  • 8GB RAM + 256GB = CNY 3,799 (RM2,232)
  • 12GB RAM + 256GB = CNY 4,099 (RM2,408)

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Bitnami