Ulasan – 5 perkara menarik dengan OnePlus 7 Pro

Oleh : Akhmal Neezam

OnePlus has come a long way. Dahulunya OnePlus mula terkenal dengan slogan mereka ‘flagship killer’. Tapi tidak lagi untuk OnePlus 7 Pro. Telefon pintar ini hanyalah sekadar flagship dari segi spesifikasi dan harga. Seperti biasa, terdapat 5 perkara yang memberi nilai kepada sesebuah telefon pintar.

Rekaan dan kualiti binaan

Secara jujurnya, saya sangat mengagumi rekaan OnePlus 7 Pro ni. Simply stunning. Rekaan kaca hadapan dan belakang membuatkan telefon pintar ini terasa begitu premium di tangan. Tidak rasa sedikit pun seperti telefon murahan.

Ia agak besar untuk digunakan sebelah tangan dan kadang-kadang akan membuatkan tangan terasa fatigue ketika menggunakannya. Skrin depan melengkung seakan-akan peranti Samsung Galaxy menyebabkan ia sedikit merbahaya jika fon ini terjatuh dari tangan. Kualiti binaan untuk peranti ini tidak sah lagi, seperti menggunakan peranti Samsung Galaxy with cheaper price, begitu premium.

Rekaan dan kualiti binaan : Secara keseluruhan 8.5/10.

Paparan

Raja segala media consumption. Itu yang kami boleh katakan untuk paparan peranti ini. Skrin AMOLED dilengkapi dengan kadar segar semula 90hz ini membuatkan saya tidak lagi mahu menggunakan peranti 60hz yang lain. Penggunaan media sosial terasa begitu lain sekali.

Ketiadaan takuk pada paparan hadapan membuatkan menonton video amatlah menyeronokkan. YA, TIADA TAKUK. Peranti ini mendapat skor A+ dari DisplayMate. Skrin peranti ini juga dilengkapi dengan HDR10+. OnePlus menggelar paparan mereka sebagai ‘Fluid Amoled’.

Paparan : Secara keseluruhan 9.5/10

Kamera

Pada tahun 2019, OnePlus kini hadir dengan tri-kamera di bahagian belakang peranti ini. Kamera utama 48MP yang mana menghasilkan kualiti gambar yang jauh lebih baik dari OnePlus 6T. 16MP ultra sudut lebar dan juga 8MP telephoto lens 3X optikal zoom terbaru.

Untuk kamera hadapan pula, peranti ini menggunakan teknologi jenis pop-naik iaitu sejenis kamera mekanikal yang tersembunyi. Fungsi yang menarik untuk kamera ini salah satunya adalah jika peranti ini terjatuh ketika hendak menggunakan kamera, kamera tersebut akan tersimpan dengan sendirinya.

Kualiti kamera hadapan dan belakang peranti ini bukanlah yang terbaik jika dibandingkan dengan peranti yang lain akan tetapi ia adalah yang terbaik OnePlus pernah hasilkan.

Kamera : Secara keseluruhan 7.5/10

Ketahanan bateri

OnePlus 7 Pro dilengkapi dengan bateri sebesar 4000mAh. Diatas kertas, itu adalah nilai yang agak tinggi untuk bateri, akan tetapi peranti ini mempunyai keupayaan bateri yang sederhana dan average.

Pengguna ada pilihan untuk ‘menurunkan’ dari 90hz kepada 60hz dan juga resolusi skrin daripada QHD+ kepada FHD+. Dengan cara ini, keupayaan bateri peranti ini akan bertambah baik tetapi pada pendapat peribadi saya, apalah sangat dengan ketahanan bateri jika peranti anda mampu menyediakan 90hz dan resolusi QHD+. Always go for the max guys!

Ketahanan bateri : Secara keseluruhan 7.5/10

Prestasi dan perisian

Seperti yang semua orang sedia maklum, OnePlus merupakan syarikat yang memberikan 110% fokus untuk prestasi peranti mereka. Meraka adalah antara yang terbaik. Sepanjang penggunaan kami, tiada satu masa pun yang peranti ini ‘lag’ ataupun mengalami masalah.

Semuanya berfungsi dengan baik sekali. Peranti ini dilengkapi dengan cip pemprosesan Snapdragon 855 dan Adreno 640. Secara peribadi, saya bukanlah gamer tegar pada telefon pintar, tetapi saya yakin dan percaya semua jenis permainan mudah alih yang ada pada PlayStore mampu dimainkan dengan cemerlang oleh peranti ini.

Semua ini mestilah ada kaitannya dengan perisian Oxygen OS yang OnePlus perkenalkan sejak OnePlus 2 lagi. Software ini bagi saya adalah yang terbaik berbanding stok Android yang dilengkapi dalam peranti Pixel dari Google. Ini kerana Oxygen OS dilengkapi dengan ciri-ciri yang sangat berguna dan masih boleh dikatakan ‘stockish feel’ masih ada.

Prestasi dan perisian : Secara keseluruhan 9.5/10

Konklusi

Harga peranti ini tidaklah terlalu jauh dibandingkan dengan peranti OnePlus sebelum ini. Kelemahan peranti ini hanyalah pada tiada penarafan IP untuk kalis air dan tiada pengecasan tanpa wayar.

Jika dibandingkan dengan jenama flagship yang lain, OnePlus sudah pun membuat suatu keajaiban dengan menghasilkan OnePlus 7 Pro ini dengan harga yang jauh lebih murah daripada pesaingnya yang lain.

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: