Tiada lagi paparan ‘suka’ pada pos di Facebook?

Paparan jumlah suka pada setiap pos boleh dikatakan suatu keperluan, lebih-lebih buat yang berniaga dan ingin menarik perhatian orang ramai. Namun kini, Facebook telah dilaporkan telah mula menguji untuk menyembunyikan kiraan jumlah suka pada pos Facebook bermula hari ini di Australia.

Gambar : TechCrunch

Ujian ini akan menyembunyikan jumlah suka pada pos dan hanya memaparkan jumlah suka dari rakan Facebook, disebalik memaparkan jumlah suka yang sebenar pada umum. Jika ujian ini lulus, Facebook akan mulakan ujian ini pada lebih negara lain lagi.

“Kami sedang menjalankan ujian yang terhad dimana paparan suka pada pos, tindak balas, dan jumlah paparan video dipaparkan secara peribadi di Facebook” kata jurucakap Facebook. “Kami akan mengumpulkan maklum balas untuk memahami sama ada perubahan ini akan meningkatkan pengalaman orang ramai.” tambahnya lagi.

(Sumber)

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: