Taiwan Excellence tawar berita gembira kepada kaki game

Baru-baru ini, peminat e-sukan telah berhimpun hari ini di Battle Arena, Petaling Jaya untuk menyaksikan peringkat kelayakan terakhir kejohanan TEEC.

Pertandingan ini telah menarik minat 31 pasukan untuk bersaing dan berpeluang memenangi hadiah teratas, RM113,000 pada pusingan terakhir bulan Oktober ini.

Taiwan Excellence Esports Cup mencerminkan satu peluang yang jarang berlaku di mana jenama-jenama antarabangsa bekerjasama di bawah satu inisiatif untuk membina momentum dalam membangunkan komuniti yang kompetitif  di negara-negara asing.

Usaha ini adalah berkat usaha Taiwan External Trade Development Council (TAITRA) dan Taiwan Ministry of Economic Affairs (MOEA) yang memasarkan teknologinya kepada kuasa-kuasa asing melalui acara dan pameran produk.

Peserta digalakkan untuk bersaing dalam perlawanan persahabatan DotA 2 untuk menghayati inovasi Taiwan yang terkini. Komputer-komputer riba yang boleh didapati di pasaran Malaysia semuanya dilengkapi sepenuhnya dengan prosesor Intel Core i7 9750H, NVIDIA GeForce RTX 2070 GPU dan juga 16GB RAM yang dijual pada harga RM7,999.

Peminat e-sukan sememangya patut menantikan dan mempunyai harapan tinggi pada pusingan terakhir yang akan diadakan di Berjaya Times Square pada 11-13 Oktober, 2019 ini.

Juara bagi setiap kategori gaming, CS: GO, DotA 2 dan League of Legends akan memenangi RM10,000 bagi setiap kategori, sehubungan dengan itu, pasukan yang menjuarai kategori CS: GO akan menerima tiket keemasan ke Taiwan untuk bertempur dengan empat negara-negara lain yang merangkumi Taiwan, Thailand, Filipina dan India untuk berpeluang memenangi hadiah utama bernilai US$2,000.

Di samping itu, orang ramai digalakkan untuk melibatkan diri dalam peringkat kelayakan terakhir kejohanan TEEC ini kerana terdapat beberapa acara gaming subsidiari seperti Tekken 7, Super Smash Bros, PES 2019 dan Mobile Legends: Bang Bang.

Pemenang acara-acara ini akan membawa balik hadiah wang tunai yang berjumlah RM9,000.

 

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: