Spotify akan membolehkan anda kongsi lagu di Snapchat

Spotify adalah antara perkhidmatan penstriman muzik yang bersaing hebat dengan Apple Music dan digunakan oleh kebanyakan pengguna di seluruh dunia, malah di Malaysia sendiri.

Jika sebelum ini Spotify telah perkenalkan fungsi kongsi lagu di Instagram, kini Spotify memberi keupayaan itu untuk membolehkan pengguna berkongsi secara terus lagu yang dimainkan ke aplikasi Snapchat. Anda boleh berkongsi lagu secara individu, album, senari main, atau podcasts.

Fungsi berkongsi lagu terus ke Snapchat ini juga akan diperkenalkan pada peranti Android dan iOS dalam masa terdekat ini.

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: