Spesifikasi siri iPhone 11 tertiris – Sah guna nama Pro!

Sebelum ini Apple telah mengumumkan pelancaran rasmi siri iPhone 11 yang dijadualkan pada 10 September ini di Steve Jobs Theater yang akan memperkenalkan 3 model iPhone terbaru.

Menerusi maklumat yang telah tertiris, nama yang digunakan seperti iPhone 11, iPhone 11 Pro dan iPhone 11 Pro Max dilihat sah akan digunakan buat 3 model terbaru ini menerusi iOS 13.1.0.


Selain pada itu, spesifikasi ketiga-tiga iPhone ini juga turut tertiris yang menunjukkan iPhone 11 masih mengekalkan skrin LCD dan 4GB RAM, manakala iPhone 11 Pro dan 11 Pro Max menggunakan skrin jenis OLED dan kedua-duanya menggunakan 6GB RAM.

Ketiga-tiga model ini juga dilihat masih mengekalkan saiz skrin yang sama digunakan pada iPhone tahun 2018. iPhone 11 dengan saiz 6.1-inci, iPhone 11 Pro 5.8-inci dan 11 Pro Max 6.5-inci.

Mengikut dari gambaran tertiris sebelum ini, iPhone 11 menggunakan dwi-kamera. Manakala iPhone 11 Pro dan 11 Pro Max menggunakan tri-kamera. Ketiga-tiga fon ini juga akan menggunakan cip pemprosesan Apple A13 yang sama.

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: