Sony Xperia 5 hadir dengan Snapdragon 855, skrin OLED 6.1-inci, dan tri-kamera 12MP

Pada acara khas IFA 2019 yang sedang berlangsung, Sony telah memperkenalkan peranti terbaru mereka Sony Xperia 5 yang dikuasakan dengan cip pemproses Snapdragon 855 yang hanya mempunyai sambungan 4G LTE, tiada sambungan 5G.

Melihat pada spesifikasi, Xperia 5 dilengkapi dengan skrin bersaiz 6.1-inci bersama paparan OLED dan HDR, sokongan pembesar suara Dolby Atmos, kamera swafoto 8MP f/2.0 dan tri-kamera utama 12MP + 12MP + 12MP yang mempunyai fungsi Auto-fokus pengesan mata seperti yang digunakan pada siri kamera Sony Alpha ILCE.

Setakat ini Sony tidak mendedahkan mengenai harga jualan rasminya. Namun, peranti ini akan mula dibuka untuk pra-tempahan pada minggu hadapan dan dilancarkan di UK pada 4 Oktober ini yang hadir dengan 4 pilihan warna.

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: