Siri Huawei Mate 30 sah dilancarkan pada 19 September ini di Munich, German

Sebelum ini kita sudah mendengar ura-ura tentang siri Huawei Mate 30 yang bakal dilancarkan sekitar bulan September ini. Kini menerusi Twitter rasmi Huawei, syarikat itu telah mengesahkan tarikh pelancarannya pada 19 September ini di Munich, German.

Perkongsian itu juga, dapat dilihat video yang mengacah bentuk bulat yang mungkin menguatkan lagi bahawa Mate 30 akan dilengkapi dengan rekaan kamera utama berbentuk bulat seperti yang tertiris sebelum ini.

Dalam pada itu, kita juga sudah dengar laporan mengenai siri Huawei Mate 30 akan dilancarkan tanpa perkhidmatan Google dan tanpa versi Android sepenuhnya. Jika ini benar, kita mungkin akan diperlihatkan dengan OS terbaru dari Huawei iaitu Harmony OS pada siri Mate 30. Apa pun, sama-sama kita nantikan.

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: