Semua tentang acara khas Apple : iPhone 11, Apple Watch Series 5 dan pelbagai lagi

Pada acara kas Apple yang berlangsung pada 11 September waktu Malaysia, pelbagai produk baharu telah dilancarkan termasuk peranti yang dinanti-nantikan iaitu siri iPhone 11. Selain pada itu, Apple juga turut perkenalkan Apple Arcade, Apple TV+, iPad Gen-7 (10.2-inci) dan Apple Watch Series 5.

Apple Arcade

Acara khas Apple kali ini dimulakan oleh CEO Apple sendiri iaitu Tim Cook dan seterusnya perkenalkan yang lebih mendalam mengenai Apple Arcade iaitu platform permainan mudah alih terbaru buat peranti Apple.

Menariknya pada Apple Arcade ini, pelbagai permainan yang ditawarkan bersesuaian pada pelbagai peringkat umur pengguna. Tambahan lagi, semua permainan yang tersedia juga adalah ekslusif, anda tidak akan jumpa dimana-mana platform lain termasuk Android.

Apple menawarkan langganan bernilai $4.99 (~RM20) sebulan dan boleh dinikmati oleh sekeluarga dengan fungsi family sharing di iCloud. Apple Arcade akan tersedia buat pengguna bermula 19 September ini pada 120 negara bersama 1 bulan percubaan PERCUMA.

Apple TV+

Video penstriman dilihat semakin popular dikalangan pengguna dan kini Apple telah perkenalkan lebih mendalam mengenai Apple TV+ yang mempunyai pelbagai drama bersiri, sukan, filem dan juga Apple Original.

Apple TV+ ditawarkan dengan harga bernilai $4.99 (~RM20) sebulan dan boleh dinikmati oleh sekeluarga dengan fungsi family sharing di iCloud. Menariknya lagi, jika anda membeli iPhone, iPad dan MacBook terbaru, anda akan mendapat akses Apple TV+ percuma selama 1 tahun dan tersedia bermula 1 November ini.

iPad 10.2-inci

Sebelum ini Apple telah melancarkan sistem operasi khas buat iPad iaitu iPadOS yang dilihat akan memberi nafas baru yang lebih baik buat penggunaan iPad. Dan kini Apple telah perkenalkan iPad 10.2-inci buat generasi ke-7.

iPad 10.2-inci ini dilengkapi dengan Retina Display, mempunyai bingkai seperti iPad Air, masih mengekalkan butang Home, mempunyai keselematan Touch ID, dibina berdasarkan 100% aluminium kitar semula dan Smart Connector. Ditawarkan dengan harga rasmi Malaysia bernilai 32GB RM1,449 dan 128GB RM1,849.

Apple Watch Series 5

Apple telah melancarkan jam tangan pintar mereka buat siri ke-5 dengan rekaan yang sama seperti Apple Watch Series 4. Pada bahagian lain, ia dilengkapi dengan ciri Always On Display (LTPO) dan ketahanan bateri lebih baik.

Selain itu juga, AW Series 5 ini juga turut mempunyai fungsi kompas yang membolehkan anda melihat hala tuju, fungsi keselamatan yang membolehkan anda buat panggilan kecemacan terus dari Apple Watch.

Apple juga turut perkenalkan model Titanium yang baharu, selain itu seperti biasa model Aluminium, edisi Nike dan Ceramic juga turut tersedia. Namun melalui laman web rasmi Apple Malaysia masih tidak mendedahkan harga jualan rasmi. Mengikut harga jualan AS, bernilai $399 (~RM1,662) untuk versi GPS dan $499 (~RM2,079) untuk versi GPS + Cellular.

iPhone 11

Siri iPhone 11 adalah produk Apple yang paling dinanti-nantikan yang hadir dengan 3 model iaitu iPhone 11 bersaiz 6.1-inci (LCD Liquid Retina), iPhone 11 Pro 5.8-inci (OLED Super Retina XDR) dan iPhone 11 Pro Max 6.5-inci (OLED Super Retina XDR).

Ketiga-tiga model ini hadir dengan cip pemproses Apple A13 Bionic yang dikhabarkan mempunyai prestasi jauh lebih baik berbanding cip pemproses yang ada dipasaran sekarang. Selain pada itu, Apple juga dilihat memfokuskan pada fungsi kamera.

iPhone 11 dilengkapi dengan dwi-kamera 12MP sudut lebar + 12MP ultra-lebar. Manakala Phone 11 Pro dan 11 Pro Max dilengkapi dengan tri-kamera 12MP sudut lebar + 12MP ultra-lebar + 12MP telefoto. Antara fungsi lain termasuk mod malam, Deep Fusion, video slo-mo pada kamera swafoto, Dolby Atmos dan pelbagai lagi.

Melalui laman web rasmi Apple Malaysia telah kongsikan harga jualan rasmi di Malaysia yang bakal dijual bermula 27 September ini. Berikut adalah senarai harga jualan rasmi :

iPhone 11

  • 64GB – RM3,399
  • 128GB – RM3,599
  • 256GB – RM4,099

iPhone 11 Pro

  • 64GB – RM4,899
  • 256GB – RM5,599 
  • 512GB – RM6,499

iPhone 11 Pro Max 

  • 64GB – RM5,299 
  • 256GB – RM5,999 
  • 512GB – RM6,899 

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: