Selamat tinggal takuk, iPhone 12 mungkin mempunyai paparan penuh

Baru sahaja iPhone 11 dilancarkan pada 10 September yang lepas dan penjualan iPhone 11 juga sudah bermula di Malaysia hari ini. Kini bermulanya ura-ura tentang iPhone 12 yang bakal diperkenalkan pada tahun hadapan.

Kini menerusi perkongsian dari Benjamin Geskin, beliau telah kongsikan rekaan konsep untuk iPhone 12 yang dilihat mempunyai paparan penuh tanpa sebarang takuk atau kamera bermotor. Paparan ini boleh dicapai kerana semua sensor dan kamera diletakkan pada bahagian bingkai atas.

Jika melihat dari rekaan seperti ini, Apple pernah menggunakannya pada rekaan iPad Pro dimana semua sensor dan kamera swafoto diletakkan pada bahagian bingkai atas. Namun iPad Pro menggunakan bingkai yang agak tebal berbanding iPhone.

Buat masa ini, ia hanyalah rekaan konsep dan prototaip yang bersaiz 6.7-inci. Namun jika benar, iPhone 12 mungkin akan menjadi kegilaan pada penggemar iPhone kerana rekaan paparannya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Bitnami