Samsung Galaxy M30S akan hadir dengan bateri 6000mAh dan tri-kamera – Dilancarkan pada 18 September ini

Tahun ini Samsung telah mula perkenalkan siri terbaru Galaxy M yang memfokuskan pada peranti kelas bawahan dan pertengahan yang mempunyai spesifikasi yang menarik dengan harga yang berpatutan.

Kini menurut laporan, Samsung akan melancarkan Galaxy M seterusnya iaitu Samsung Galaxy M30S yang telah dijadualkan pelancarannya pada 18 September ini di India.

Galaxy M30S akan hadir dengan bateri 6000mAh yang sangat besar seperti bateri yang digunakan pada ASUS ROG Phone 2. Selain pada itu, peranti ini juga akan dilengkapi dengan skrin sebesar 6.4-inci Super AMOLED, 4GB RAM dan 64GB/128GB storan.

Pada bahagian lain, Galaxy M30S juga turut akan hadir bersama tri-kamera 48MP seperti yang dikongsikan pada poster. Jika merujuk pada Geekbench sebelum ini, peranti ini dilihat menggunakan cip pemproses Exynos 9610. Namun ada yang berpendapat bahawa ia dijana dengan Exynos 9611.

Mengikut dari maklumat yang tertiris juga, Galaxy M30S akan dijual dengan harga INR 15,000 (~RM877) sehingga INR 20,000 (~RM1,169). Apa pun, sama-sama kita nantikan.

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: