Samsung Galaxy Fold akan menyokong pelbagai aplikasi, termasuk Microsoft Office dan Facebook

Sebelum ini Samsung sudah mengumumkan bahawa Galaxy Fold akan hadir semula buat pengguna dengan beberapa penambahbaikan pada skrin yang boleh dilipat agar tiada lagi isu yang kurang menyenangkan.

Selain pada itu, Samsung juga turut menyatakan bahawa syarikat itu bekerjasama dengan Google untuk fungsi pelbagai-tugas yang menyokong peranti dengan skrin yang boleh dilipat yang disokong oleh Android 10.

Menariknya lagi, Galaxy Fold akan menyokong pelbagai aplikasi seperti Microsoft Office, Twitter, Spotify, iHeartRadio, Facebook, Amazon Prime Video, VSCO dan pelbagai lagi aplikasi lain. Secara keseluruhan, Samsung juga turut menyatakan bahawa Galaxy Fold akan menyokong beratus aplikasi dalam Play Store.

Secara tidak langsung, Galaxy Fold akan menyokong kebanyakan aplikasi penting yang digunakan pada masa kini. Samsung juga menambah, pengguna boleh menggunakan aplikasi dalam masa yang sama, sekaligus merevolusikan cara kerja dan permainan melalui Galaxy Fold.

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: