Samsung Galaxy Fold 2 mungkin akan diperkenalkan pada tahun 2020 dengan rekaan yang berbeza

Selepas beberapa bulan ia ditunda, Samsung Galaxy Fold baru-baru ini telah dilaporkan akan kembali menemui pengguna yang mungkin akan dilancarkan semula pada 6 September ini.

Kini menurut laporan terbaru, Samsung mungkin akan memperkenalkan Galaxy Fold ke-2 pada tahun hadapan (2020) yang mempunyai rekaan berbeza berbanding Galaxy Fold pertama.

Ini kerana rekaan yang digunakan adalah seakan fon lipat yang pernah diperkenalkan oleh Motorola pada model Motorola RAZR dahulu. Jika Galaxy Fold lipat ketepi seperti buku, Galaxy Fold 2 akan dilipat dari atas secara horizontal.

Samsung juga dilaporkan bekerjasama dengan pereka dari AS iaitu Thom Browne untuk membuat rekaan Galaxy Fold yang ke-2. Jadi, untuk model Galaxy Fold seterusnya kita akan diperlihatkan dengan rekaan yang berbeza dari kebiasaan peranti skrin lipat yang pernah dipasarkan.

(Sumber)

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: