Samsung Galaxy A20s, Galaxy A30s dan Galaxy A50s diumumkan buat pasaran tempatan – Harga bermula RM699

Samsung Malaysia hari ini telah mengumumkan 3 peranti terbaru buat pasaran tempatan dengan siri Galaxy A terbaru iaitu Samsung Galaxy A20s, Galaxy A30s dan Galaxy A50s. Ketiga-tiga peranti ini memfokuskan pada ciri peranti kelas permulaan dan kelas pertengahan.

Bermula dengan Galaxy A20s, ia dikuasakan dengan cip pemproses Snapdragon 450, memori 3GB RAM dan 32GB storan, skrin bersaiz 6.5-inci HD+ yang mempunyai takuk Infinity-V, dan bateri sebesar 4000mAh.

Pada bahagian kamera, dilengkapi dengan tri-kamera 13MP + 8MP + 5MP dan kamera swafoto 8MP. Turut mempunyai pengimbas cap jari dibahagian panel belakang. Galaxy A20s ditawarkan dengan harga RM699.

Manakala Galaxy A30s tidak diketahui jenis cip pemprosesnya. Khabarnya adalah dari Snapdragon. Mempunyai 4GB RAM dan 64GB storan, skrin bersaiz 6.4-inci HD+ Super AMOLED Infinity-V, dan bateri sebesar 4000mAh bersama pengecasan pantas 15W USB-C.

Pada bahagian kamera, dilengkapi dengan tri-kamera 24MP + 8MP + 5MP dan kamera swafoto 16MP. Turut mempunyai pengimbas cap jari di skrin. Galaxy A30s ditawarkan dengan harga RM899.

Dan yang terakhir adalah Galaxy A50s yang dikuasakan dengan Exynos 9611, mempunyai 6GB RAM dan 128GB storan, skrin bersaiz 6.4-inci FHD+ Super AMOLED Infinity-V, dan bateri sebesar 4000mAh bersama pengecasan pantas 15W USB-C.

Pada bahagian kamera, dilengkapi dengan tri-kamera 48MP + 8MP + 5MP dan kamera swafoto 32MP. Turut mempunyai pengimbas cap jari di skrin. Galaxy A50s ditawarkan dengan harga RM1,299.

Selain itu juga, Galaxy A30s dan Galaxy A50s mempunyai sokongan kepada pembayaran tanpa tunai Samsung Pay. Ketiga-tiga peranti ini juga akan mula dijual pada 21 September ini.

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: