Samsung AS menawarkan gantian skrin Galaxy Fold bernilai RM623 – Lebih murah dari skrin Galaxy Note 10+

Penjualan Samsung Galaxy Fold telah dijadualkan di Amerika Syarikat pada 27 September ini dengan tawaran harga $1980 (~RM8,303) setelah pihak Samsung menambahbaik isu yang dihadapi pada Galaxy Fold pada bahagian paparan skrin.

Menariknya, untuk permasalahan skrin kali pertama sekiranya anda terjatuhkannya atau merosakkannya, Samsung menawarkan program gantian skrin bernilai $149 (~RM623) buat kerosakan kali pertama. Namun tidak dapat dipastikan berapa nilai buat gantian kali kedua.

Jika dibandingkan dengan tawaran harga skrin Samsung Galaxy Note 10+ di Malaysia, Samsung menawarkan harga gantian bernilai RM960. Bermakna gantian skrin buat Galaxy Fold lebih murah berbanding Galaxy Note 10+. Samsung mungkin menawarkan perkara ini sebagai tarikan pembeli mereka.

(Sumber)

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Bitnami