Rekaan sebenar OnePlus 7T telah didedahkan oleh OnePlus

Beberapa bulan ini kita sudah diperlihatkan dengan pelbagai gambar OnePlus 7T yang tertiris menunjukkan bahawa peranti itu akan menggunakan tri-kamera yang mempunyai bentuk bulat. Berbeza dari rekaan kamera OnePlus 7.

Menerusi perkongsian terbaru dari OnePlus sendiri, syarikat itu telah mendedahkan rekaan sebenar OnePlus 7T pada bahagian belakang yang menunjukkan rekaan kamera tepat seperti yang tertiris.

OnePlus 7T telah dijadualkan pelancaran rasminya pada 26 September ini di New Delhi, India. Bukan di China. Jadi beberapa hari sahaja lagi dari sekarang kita akan diperlihatkan dengan siri baru OnePlus 7T.

Gambar yang dikongsikan OnePlus menunjukkan peranti itu hadir dengan warna biru seakan warna Nebula Blue yang digunakan pada OnePlus 7 Pro. Syarikat itu turut mengatakan bahawa OnePlus 7T menggunakan panel kaca matte-frosted yang melengkung dibahagian tepi.

Dari segi kamera, ia mempunyai tri-kamera yang disusun secara horizontal dan mempunyai lampu flash dibahagian bawahnya. Kamera berbentuk bulat nampaknya semakin menjadi trend dikalangan pengeluar peranti kerana bukan OnePlus 7T sahaja mempunyai kamera sebegini, malah Huawei Mate 30 Pro juga menggunakan kamera berbentuk bulat.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Bitnami